SEJARAH PERSILATAN MELAYU DALAM KITAB PUSAKA SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG - Part 6

Adapun tokoh yang amat mashor yang mempunyai zuriat yang ramai dikalangan ulama bagi pesilat/ pendekar/ Panglima Melayu-Arab yang lari dari Negara China ke Negara Campa ( sekarang Vietnam) ialah keturunan Maulana Malik Ibrahim, di Melaka dikenali dengan nama Syeikh Ibrahim bin Abar Al- Hadhrami bin Syed Jamaluddin Al-Kubra, kadang-kadang juga disebut gelar sebagai Syeikh Maghribi. Sebahagian rakyat menyebutnya Kakek Bantal ( di Indonesia). Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai (Aceh) yang datang dari Empayar Melaka bumi bertuah, murid Ulama Melaka yang mashor iaitu Syeikh Abdul Aziz, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Syeikh Ibrahim atau Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Maghribi (adalah orang yang sama) dan Maulana Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro ( di Melaka disebut Syed Jamaluddin Al-Kubra), yang menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10 dari Saidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw. Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Campa, sekarang Kamboja ( Vietnam), selama tiga belas tahun sejak tahun 1379M. Ia malah menikahi putri raja, yang memberinya dua putera. Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Syed Ali Murtadha atau di Indonesia di kenali sebagai “Raden Santri”. Dari Campa singgah di Melaka menjalankan misi dakwah di negeri itu. Seterusnya tahun 1392 M, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke Pulau Jawa meninggalkan keluarganya kerana amanah agama.

Adapun saya mahu memanjangkan sejarah Syed Ali Murtadha ( di Indonesia dikenali sebagai Raden Santri) merupakan saudara kandung Sunan Ampel yang bapa mereka adalah Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Ibrahim atau Syeikh Maghribi. Syed Ali Murtadha semasa di Johor menumpang di rumah “Laksamana Kota Tinggi” dan berkahwin dengan “Wan Teja” anak Laksamana Kota Tinggi sebelum belayar ke Kerajaan Melayu Pattani menumpang pula di rumah Mekong Damit, Kampong Bira pada tahun lebih kurang 1640M. Kerana Peribadi mulia di Pattani di gelar sebagai “Faqih ‘Ali”. Beliau telah mengasaskan persilatan warisan “Gayong Faqih”, nama di alam kebatinan yang hebat. Syed Ali Murtadha di Negara Pattani (Selatan Siam) di kenali sebagai Syeikh ‘Ali Al-Malbari dan dikalangan orang Bugis dan Johor/ Muar di kenali sebagai Andi’ Ali.

Semasa di Johor Syed Ali Murtadha atau Syeikh ‘Ali Al-Malbari atau Andi’ Ali berkahwin dengan “Wan Teja” mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 bergelar “Tok Raja Faqih”, pemerintah Kerajaan Melayu Pattani ( Selatan Siam). Kehebatan ilmu persilatan Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 tiada tandingan pada zaman Kerajaan Melayu Pattani, sehingga lagu gendang silat Pendekar Melayu zaman sekarang masih ada lagu JOK-1, JOK-2 dan JOK-3. Lagu-lagu gendang silat berkenaan adalah asalnya gendang tentera (pendekar-pendekar) kerajaan Melayu Pattani dan dibawa dan diajar kepada pendekar-pendekar di Kelantan. Di Pattani Syed Ali Murtadha berkahwin dengan Cik Dewi anak Seri Bija Diraja. Dalam Sejarah Terengganu Syed Ali Murtadha juga dikenali dengan nama “Faqih Ali Malbari”. Ramai zuriat Syed Ali Murtadha ini di negeri Pattani, Kelantan dan Terengganu, bahkan berada di seluruh negeri negeri-negeri Melayu. Nama beliau di Kelantan pula ialah “ Syeikh ‘Ali Al-Malbari. Seorang anak Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Fakih) bernama Wan Muhammad yang anaknya bernama juga “Faqih ‘Ali” seperti nama moyangnya Syed Ali Murtadha. Faqih Ali bin Wan Muhammad inilah penulis kitab/ buku “Tarikh Pattani” atau dikenal “Tuan Tulis Pattani”. Faqih ‘Ali bin Wan Muhammad adalah pembesar Kerajaan Melayu Pattani yang dikenal sebagai Datuk Maharajalela di Pattani. Semasa perang Siam-Pattani, Faqih Ali belayar mencari bantuan kerajaan Sulawesi pada tahun 1632M, dan kembali tetapi singgah dan tinggal di Semenanjung Tanah Melayu. Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Faqih) adalah saudara kandung kepada Ibrahim Datu Kelantan IV bergelar Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrop (1632-1637M) di Campa. Menjadi raja di Campa pada tahun 1637-1684M. Wan Muhammad, ayah kepada Faqih ‘Ali juga dikenali sebagai Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu. Keturunan mereka inilah ramai yang menjadi ulama-ulama dan tokoh-tokoh utama di Kerajaan Pattani, Kelantan dan Terengganu. Keturunan mereka ini termasuklah ulama Melayu Nusantara seperti Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, juga merupakan Panglima Besar kerajaan Melayu Pattani di zaman itu. Selain itu nama ulama dan tokoh hebat lain ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim dari Pattani berhijrah ke Bukit Bayas, Terengganu yang kemudian juga menjadi Ulama di negeri Terengganu. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dikatakan bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah / Sultan Babullah yang dikenali sebagai Sunan Gunung Jati di Indonesia. Jadi Ulama-ulama dan Sultan-sultan Banten di Indonesia adalah keturunan mereka jua. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dan Sunan Gunung Jati di Indonesia adalah keturunan Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M). Ayahnya ialah ‘Ali Nur Alam.

Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M) jugalah mengasaskan kerajaan Patani yang terletak di kepulauan Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia.

Jelaslah kepada kita semua, keturunan Ulama, Panglima Perang, Kesultanan dan Warisan Keilmuan Agama Islam dan ilmu Persilatan Melayu di Nusantara adalah dari satu Pokok yang sama pada asalnya, kemudian hingga hari ini terpecah dengan rantaian yang kusut jika tidak kembali ke punca asal sejarah Persilatan Melayu yang saya perturunkan ini. Ingatlah anak- anak Persilatan nama Perguruan apapun kamu kita asal dari “Satu” ilmu iaitu ilmu Gayong Panglima Ulung.

Jangan biarkan anak-anak yang tidak tahu asal usul Persilatan Melayu bermusuh sesama sendiri. Saya Al- Faqir Guru Utama Pss Sri Gayong Panglima Ulung sudah lama menyimpan khazanah Sejarah Persilatan Melayu ini dan kini sudah sampai masa saya yang dhaif membuka rahsia ini agar anak- anak Persilatan tahu asal usul dan tidak berpecah-belah lagi. Bukan hasrat saya yang faqir lagi hina ini meminta anak- anak Persilatan semua datang menyertai Perguruan hamba yang lemah ini, tetapi adalah untuk menyampaikan amanah yang terdapat dalam khazanah ini untuk di ketahui oleh semua ahli-ahli Persilatan sama ada di Malaysia mahupun Indonesia dan Nusantara Umumnya. Tahulah asal Ilmu Kita bagaimana Punca Mulanya.

KETURUNAN ANDI’ ‘ALI/ FAQIH ‘ALI AL-MALBARI

(Yang diketahui sahaja)

1. Wan Derahman

2. Wan Namah

3. Wan Nik (Dato’ Wan)

4. Wan Siti

5. Syeikh Shafiyuddin

6. Nik Din Menteri lagi Pahlawan Bagi Dato’ Pujuk 1

7. Wan Ismail Tok Kaya Pandak/Pendek

8. Tok Kaya Rakna Diraja

9. Wan Faqih Hussein

10. Wan Nguk (isteri Tok Kaya Banggul) atau Wan Ngah: Anak cucunya Wan Ahmad di Perlis

11. Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu bin Tok Wan Abdur Rahim bin Tok Wan Deraman bin Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.

12. Syeikh Nik Mat Kecik ( penyusun Kitab Mathla’ al-Badrain), meninggal di Mekah.

13. Syeikh Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Hj Wan Teh , ibunya Wan Nik/ Tok Wan Ti suaminya Zubeid/ Tok Wan Dahit.

14. Wan Nik bt Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.

15. Hjh Wan Maryam (meninggal di Sekudai, Johor).

16. Hjh Wan Siti Saudah (meninggal di Pulau Penyengat, Riau)

17. Hjh Wan Zainab (meninggal di Pulau Midai, Riau)

Alhamdulillah, tenangnya hamba yang faqir ini setelah membongkar segala rahsia untuk manfaat Agama, Bangsa dan Negara Tercinta. Kita adalah bersaudara. Salam Persilatan untuk semua. Segala salah silap atau bahasa yang tidak baik, tiada elok adat dan adab saya pohon ampun dan maaf. Semoga generasi kemudian gembira dan berlumba-lumba belajar ilmu Persilatan Melayu yang terpelihara sudah berabad-abad lamanya.

Petikan asal : http://www.panglimaulung.co.cc/

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Related Posts with Thumbnails

Masa

Hijrah

Mutiara Hadis

Rehat Minda

Klik pada foto untuk memberi makan.
   Tahlil Perguruan  
www.ahmadiah-idrisiah.com

Al-Quran Digital

Al-Quran Digital
Cuma klik pada foto...

Aktiviti

Perlancaran Syer Koperasi PSSGPUM

KOPERASI PSSGPUM telah dilancarkan pada 7hb Jun 2010

1 unit bernilai syer bernilai : RM100.00

Terbuka kepada semua ahli perguruan dan keluarga ahli perguruan

Singgah Santai

Rakan


Recent Comments